Isnin, 28 Februari 2011

Siput Sedut Masak Lemak

Bahan-bahan

1 kg siput sedut
2 mangkuk santan
10 biji cili api         ]
3 biji cili merah      ] tumbuk
2 sm kunyit hidup  ]
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit
Garam & asam keping

Cara:
1. Siput sedut dipotong bahagian ekornya dan dibasuh dengan
    air asam jawa. Bilas bersih dan toskan
2. Masukkan siput, santan,bahan tumbuk,serai dan daun kunyit
    ke dalam periuk
3. Apabila mendidih, masukkan garam dan asam keping
4. Masak hingga kuah pekat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan