Isnin, 28 Februari 2011

Asam Rebus Ikan Keli

Bahan-bahan:

1 kg ikan keli - potong 3
10 tangkai cili kering    ]
5 ulas bawang merah   ]bahan A kisar
3 ulas bawang putih     ]
1 sm belacan
1 batang serai
Daun kesum
1 mangkuk air asam jawa
Air secukupnya
Garam & gula
Minyak

Cara:

1. Tumiskan bahan A,serai, belacan hingga naik bau
2. Masukkan sedikit air dan ikan
3. Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
4. Mendidih.Masukkan daun kesum.

Sepat Goreng Berlada

Bahan-bahan

1 kg ikan sepat    - goreng
1 keping asam
10 tangkai cili kering    ]
5 biji cili merah            ] kisar
8 ulas bawang merah   ]
3 ulas bawang putih     ]
Sedikit air
Garam & serbuk perasa

Cara:
1. Tumuskan bahan kisar hingga naik bau
2. Masukkan asam keping dan sedikit air
3. Masukkan ikan dan garam. Kacau rata

Siput Sedut Masak Lemak

Bahan-bahan

1 kg siput sedut
2 mangkuk santan
10 biji cili api         ]
3 biji cili merah      ] tumbuk
2 sm kunyit hidup  ]
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit
Garam & asam keping

Cara:
1. Siput sedut dipotong bahagian ekornya dan dibasuh dengan
    air asam jawa. Bilas bersih dan toskan
2. Masukkan siput, santan,bahan tumbuk,serai dan daun kunyit
    ke dalam periuk
3. Apabila mendidih, masukkan garam dan asam keping
4. Masak hingga kuah pekat

Terung Goreng Berlada

Bahan-bahan

3 biji terung  - belah 4
3 biji cili merah           ] 
4 ulas bawang merah  ] tumbuk
2 ulas bawang putih    ]
Sedikit air
Minyak & garam


Cara:
Panaskan minyak dan goreng terung setengah masak.Ketepikan
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau
Masukkan sedikit air dan terung
Perasakan garam dan angkat

Siakap Lemak Nenas

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
1 mangkuk santan - bahagi 2
1 biji nenas - potong lebar
3 biji tomato - belah 2
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit
1 keping asam
garam secukup rasa

Bahan kisar
10 biji cili api
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara:
Satukan bahan kisar,serai,asam keping dan santan cair
Masukkan ikan, nenas, tomato serta asam keping
Masukkan lebihan santan dan perasakan garam
Akhir sekali masukkan daun kunyit

Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan

1 ekor ayam -gaul dgn kunyit & garam
2 ulas bawang merah       - tumbuk
2 ulas bawang putih         - tumbuk
1/2 cm halia                     - tumbuk
2 biji cili besar                 - hiris
2 sudu kicap pekat/cair/manis
2 sudu sos cili
1 keping asam
1/2 sudu lada hitam
rempah 3 sekawan
cili merah dan bawang besar - hiasan

Cara:
Goreng ayam setengah masak
Tumiskan bahan tumbuk dan rempah 3 sekawan hingga naik bau
Masukkan kicap pekat/cair/manis/sos cili dan sedikit air
Masukkan ayam, asam keping dn lada hitam
Gaul rata dan masukkan cili merah dan bawang besar

Ayam Ala Paprik

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong kecil
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih   - tumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
1 batang serai - diketuk
2 biji tomato - belah 4
5 biji cili api - tumbuk kasar
1 biji limau nipis - ambil jusnya
3 helai daun limau purut
bunga kobis, lobak ,kacang panjang, putik jagung
sedikit sos cili, sos tiram, kicap manis
garam dan bahan perasa

Cara:
Gorengkan ayam setengah masak
Masukkan bawang merah/putih dan cili api
Masukkan sos cili/tiram dan kicap manis.Biarkan mendidih
Masukkan sedikit air, serai daun limau dan sayuran dan perasakan dgn garam
Mendidih, masukkan bawang besar dan tomato serta jus limau

Stew Ayam Mstr

Bahan-bahan
500gm ayam
5 ulas bawang merah  
3 ulas bawang putih    
1 inci halia                  
1 biji tomato              
1 biji cili merah              
1 batang lobak              
1sk bancuhan air tepung jagung
1/2 cawan air
1 sk lada hitam
daun sup/bawang
garam secukup rasa

Cara:
Ayam dibuang kulit, potong kacil dan dibersihkan
Masukkan bahan kecuali daun sup/bawang dalam periuk
Masak diatas api selama 15 minit
Gaul rata dan masukkan tomato dan masak hingga ayam empuk
Taburkan daun sup/bawang
Hidangkan dengan nasi putih atau roti

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan

1 ekor ayam belah 4
1 tangkai daun kari

Bahan Perap
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2cm halia
2s/k rempah kari
2s/k serbuk cili
1s/k serbuk kunyit
1sk ketumbar  
garam

Cara:
  1. Satukan ayam dengan bahan perap hingga sebati
  2. Perap ayam selama 4 jam ( lagi lama lagi baik)
  3. Goreng ayam bersama daun kari dengan minyak yang banyak dan betul2 panas.
  4. Tapiskan serdak bahan perap. (jangan sampai hangit)
  5. Selesai goreng taburkan serdak bahan perap tadi.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam 
2 biji bawang besar          ]
6 biji bawang putih           ] kisar
20 tangkai cili kering        ]
1 labu bawang besar - hiris bulat2
1 batang serai  - diketuk
Rempah 3 sekawan
2 biji tomato  -  belah 4
2 sudu besar tomato puri
daun ketumbar
sedikit kacang peas
garam & serbuk perasa

Cara:
  1. Goreng ayam separuh masak. ketepikan
  2. Tumiskan rempah 3 sekawan hingga wangi.Masukkan serai,bahan kisar, tomato puri dan bawang besar.
  3. Bila sudah pecah minyak masukkan air secukupnya
  4. Mendidih.Masukkan ayam dan tomato.Setelah 5 minit masukkan kacang peas
  5. Perasakan garam dan masukkan daun ketumbar.

Asam Pedas Ikan Siakap

 Bahan-bahan


1 ekor ikan siakap

5 ulas bawang merah        }
3 ulas bawang putih          } kisar
1 sudu kecil jintan manis   }
10 tangkai cili kering         }
2 biji tomato                     } belah 4
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1/2 mangkuk air asam jawa
garam dan serbuk perasa

Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang, serai dan jintan manis.
  2. Masukkan cili,serbuk kunyit dan tumis hingga pecah minyak
  3. Tuangkan air asam jawa dan masukkan ikan serta buah tomato
  4. Perasakan garam.Biar mendidih.