Ahad, 20 Mac 2011

Siakap Stim Sos Tiram

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
Foil utk membungkus

Bahan sayur ( hiris)
sedikit bunga kobis
sedikit brokoli
1 paket cendawan tiram
1 batang lobak merah
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
halia
2 btg serai - ketuk

Bahan kuah
2 ulas bawang putih -  ketuk
1 mangkuk sos tiram
1 kiub pati ayam

sedikit air
Garam

Cara:
1. Sediakan air kukusan dahulu
2.Sediakan bahan kuah.
   Tumis kesemua bahan dan perasakan garam masak hingga pekat
3. Letakkan ikan diatas foil dan masukkan kesemua bahan sayuran.
4. Masukkan kuah dan bungkus dengan rapi
5.Kukus selama 20 minit...

Jumaat, 18 Mac 2011

Ayam Ungkep

Bahan-bahan

1 ekor ayam
1/2 mangkuk air asam jawa
Garam dan gula
Sedikit minyak

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sdk jintan manis
1 sdk ketumbar
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
2 cm halia


Cara:
1. Perap ayam dengan bahan tumbuk selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan tumis ayam yang diperap tadi hingga kering
3. Masukkan air asam jawa dan perasakan garam dan gula
4. Masak hingga ayam empuk


Nota: tambah sedikit air jika nak berkuah

Sabtu, 5 Mac 2011

Mi Bandung

Bahan-bahan:

1 paket mi kuning
3 ekor udang harimau
3 potong isi ayam
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih - diketuk
1 kiub pati ayam
2 sudu besar sos tomato / sos tiram
1 biji telur
Air secukupnya
sedikit taugeh,sawi
Minyak,garam dan gula

Cara:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar hingga pecah minyak
3. Masukkan air,kiub ayam,sos cili / sos tiram.Renehkan seketika
4. Masukkan ayam, sotong, udang dan sayuran.Perasakan garam dan gula
5. Masukkan telur hingga masak.Angkat
6. Masukkan mi dan masak hingga mendidih.
7. Masa menghidang jangan lupa letakkan telur tadi

Telur Puyuh Goreng Taucu

Bahan-bahan:

20 biji telur puyuh
2 labu bawang besar  - hiris bulat
4 tangkai cili merah    - belah 2
3 sudu besar taucu
1 sudu jus asam jawa
Garam dan gula
Minyak

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau
2. Masukkan taucu,jus asam jawa,bawang besar dan cili merah
3. Masukkan telur puyuh,garam dan gula
4.Kacau rata seketika dan angkat

Sotong Crispy

Bahan-bahan:

400gm sotong segar
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak



Cara:
1. Bancuh tepung dengan air secukupnya.Ketepikan
2. Gaulkan telur bersama sotong dan garam hingga rata
3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Celupkan sotong kedalam tepung.Goreng kekuningan

Ekor Masak Asam Pedas

Bahan-bahan:

1 kg ekor        - rebus empuk
2 batang serai  - diketuk
2 helai daun limau purut
1 cawan air asam jawa
1 cawan air
Garam dan gula

Bahan kisar
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sk serbuk kunyit

Cara:
1. Tumis bahan kisar ,serai dan jintan manis hingga naik bau
2. Masukkan air, ekor dan daun limau purut.
3. Masukkan air asam jawa dan perasakan garam dan gula
4. Biarkan mendidih selama 20 minit

Sambal Goreng Kering

Bahan-bahan:

4 biji tauhu
4 biji kentang
1 peket tempe
1/2 cawan kacang tanah
1/2 cawan ikan bilis

Bahan Kisar
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Garam dan gula

Cara:
1. Tauhu, kentang dan tempe dipotong nipis dan kecil.Goreng
2. Kacang tanah dan ikan bilis pun digoreng
3. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak
4. Masukkan bahan goreng tadi dan perasakan garam dan gula
5. Kacau hingga rata

Jumaat, 4 Mac 2011

Talapia Stim

Bahan-bahan:

1 ekor ikan talapia merah
2 cm halia  - hiris panjang
2 sudu besar kicap cair
2 batang serai  - diketuk
1 biji tomato
2 sudu sos tiram
1/2 cawan air asam jawa


Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dalam bekas kukus
2. Satukan kesemua bahan dan tuang ke atas ikan
3. Kukus hingga masak

Lala Goreng Petai

Bahan-bahan:

200gm lala
3 biji bawang besar  - hiris
2 papan petai           - belah 2
1 mangkuk cili kisar
1 kiub pati ayam
sedikit air
Garam & minyak


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang, cili kisar bersama petai
2. Masukkan sedikit air dan kiub pati ayam
3. Akhir sekali masukkan lala dan perasakan garam

Peria Goreng

Bahan-bahan:

2 biji peria
1/2kg udang putih
Garam

Bahan tumbuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili api

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
2. Masukkan udang dan kacau seketika
3. Masukkan peria dan sedikit air
4. Perasakan garam dan masak hingga peria lembut.

Khamis, 3 Mac 2011

Gulai Lemak Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

3 keping ikan tenggiri
250 ml santan
1 keping asam
1 batang serai  - diketuk
Daun kunyit
Garam

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 biji cili padi
2 cm halia
2 cm kunyit hidup

Cara:
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak
2. Tumiskan bahan kisar dan serai hingga pecah minyak
3. Masukkan santan dan asam keping.Kacau rata
4. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam
5. Kacau di atas api sederhana.Masukkan daun kunyit
6. Masak hingga mendidih

Talang Masin Lemak Nenas

Bahan-bahan:

300 gm talang masin
2 mangkuk santan
1/2 biji nenas
10 biji cili padi           - tumbuk
3 ulas bawang merah  - tumbuk
1 batang serai             - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
Garam

Cara:
1. Ikan talang direndam untuk menghilangkan masinnya
2. Satukan santan ,bahan tumbuk, serbuk kunyit dan
    serai dalam periuk
3. Masukkan ikan talang, nanas dan tomato
4. Perasakan garam dan serta daun kunyit.Masak hingga mendidih

Sambal Sardin

Bahan-bahan:

1 tin sardin - asingkan sosnya
10 tangkai cili kering   - kisar
5 ulas bawang merah  - kisar
2 ulas bawang putih    - kisar
1 biji bawang  besar   - hiris bulat
1 biji tomato               - belah 4
1 keping asam
Garam & gula

Cara:
1. Tumiskan bahan kisar hingga wangi
2. Masukkan sos dan ikan sardin tadi serta asam keping
3. Perasakan garam dan gula
4. Masukkan bawang besar dan tomato.Masak hingga pekat

Selasa, 1 Mac 2011

Cencaru Goreng Air Asam

Bahan-bahan:

2 ekor ikan cencaru

Air Asam
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji bawang besar   - semua bahan dihiris
1 biji tomato
Hirisan buah mangga
1 sudu besar sos cili
1 cawan air asam jawa
Sedikit garam dan gula

Cara:
1. Ikan disapu garam dan serbuk kunyit.Goreng
2. Untuk air asam.Satukan kesemua bahan 

Udang Lemak Petai

Bahan-bahan:

300 gm udang basah
5 ulas bawang merah  - tumbuk
3 ulas bawang putih    -
10 biji cili padi            -
2cm kunyit hidup        -
1 papan petai
1 batang serai     - diketuk
1 mangkuk santan
1 helai daun kunyit
Garam secukupnya

Cara:
1. Satukan bahan tumbuk bersama santan dan serai ke dalam periuk
2. Mendidih, masukkan udang dan petai
3. Perasakan garam, daun kunyit dan masak seketika

Sup Gearbox

Bahan-bahan:

1 kg tulang gearbox   -  rebus empuk
6 ulas bawang merah  -  tumbuk
5 ulas bawang putih     -
2 cm halia                    -
1 biji bawang besar   - belah 4
1 biji tomato              -
Rempah 3 sekawan
1 bunjut sup tulang
1 sudu serbuk lada hitam
1 keping asam

Daun sup/bawang

Garam

Cara:
1. Tumis bahan tumbuk bersama rempah 3 sekawan hingga naik bau
2. Masukkan air dan bunjut sup tulang.Mendidih
3. Masukkan tulang,asam keping, lada hitam dan perasakan garam
4. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan daun sup.

Gulai Daging Rebung Madu

Bahan-bahan:

500gm daging cincang
200gm rebung madu     ] rebus empuk
2 mangkuk santan
1/2 mangkuk air
2 sudu rempah kari
2 keping asam
4 sudu besar kerisik
Garam dan gula

Bahan kisar
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:
1. Gaulkan daging bersama bahan kisar
2. Renehkan atas api sederhana sambil dikacau.Biarkan air daging kering
3. Masukkan air dan biar daging empuk
4. Masukkan santan,rempah kari dan rebung
5. Biarkan mendidih.Masukkan asam, garam dan gula
6. Masukkan kerisik dan masak hingga pekat

Mi Udang

Bahan-bahan:

1 bungkus mi kuning   ] celur
6 ekor udang basah
3 potong isi ayam
3 ulas bawang putih   ] ketuk
1 sudu besar cili kisar
1 kiub pati ayam
2 sudu besar sos cili /tomato /tiram
1 biji telur
Air secukupnya
Sawi / taugeh
Minyak / garam / gula

Cara:
1. Tumiskan bawang putih & cili hingga kering
2. Masukkan isi ayam, sos cili/tomato/tiram
3. Masukkan air, kiub ayam , udang dan sayuran
4. Mendidih. Perasakan garam dan gula.
5. Pecahkan telur hingga masak.Angkat dan masukkan mi

Udang Sambal Petai

Bahan-bahan:

500gm udang basah
20 tangkai cili kering - kisar
6 ulas bawang merah -
3 ulas bawang putih   -
sedikit belacan           -
2 papan petai
1 biji bawang besar  - hiris bulat
Air asam jawa
garam & gula

Cara:
1. Tumiskan bahan kisar hingga garing
2. Masukkan air asam jawa secukupnya.Apabila mendidih
    masukkan udang, petai, bawang besar.
3. Perasakan garam & gula.Masak hingga pekat

Kerabu Pucuk Paku

Bahan-bahan

1 ikat pucuk paku     - celur
100 gm taugeh          -
4 ulas bawang merah   - tumbuk
3 sudu besar ikan bilis -
6 tangkai cili padi        -
sedkit belacan             -
1 labu bawang besar    - hiris
3 tangkai cili merah     -
kelapa parut                - sangai
Garam
Jus limau nipis

Cara:
1. Satukan bahan tumbuk dan bahan hiris
2. Gaulkan dengan sayuran
3. Masukkan garam dan jus limau
4. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga sebati

Isnin, 28 Februari 2011

Asam Rebus Ikan Keli

Bahan-bahan:

1 kg ikan keli - potong 3
10 tangkai cili kering    ]
5 ulas bawang merah   ]bahan A kisar
3 ulas bawang putih     ]
1 sm belacan
1 batang serai
Daun kesum
1 mangkuk air asam jawa
Air secukupnya
Garam & gula
Minyak

Cara:

1. Tumiskan bahan A,serai, belacan hingga naik bau
2. Masukkan sedikit air dan ikan
3. Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
4. Mendidih.Masukkan daun kesum.

Sepat Goreng Berlada

Bahan-bahan

1 kg ikan sepat    - goreng
1 keping asam
10 tangkai cili kering    ]
5 biji cili merah            ] kisar
8 ulas bawang merah   ]
3 ulas bawang putih     ]
Sedikit air
Garam & serbuk perasa

Cara:
1. Tumuskan bahan kisar hingga naik bau
2. Masukkan asam keping dan sedikit air
3. Masukkan ikan dan garam. Kacau rata

Siput Sedut Masak Lemak

Bahan-bahan

1 kg siput sedut
2 mangkuk santan
10 biji cili api         ]
3 biji cili merah      ] tumbuk
2 sm kunyit hidup  ]
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit
Garam & asam keping

Cara:
1. Siput sedut dipotong bahagian ekornya dan dibasuh dengan
    air asam jawa. Bilas bersih dan toskan
2. Masukkan siput, santan,bahan tumbuk,serai dan daun kunyit
    ke dalam periuk
3. Apabila mendidih, masukkan garam dan asam keping
4. Masak hingga kuah pekat

Terung Goreng Berlada

Bahan-bahan

3 biji terung  - belah 4
3 biji cili merah           ] 
4 ulas bawang merah  ] tumbuk
2 ulas bawang putih    ]
Sedikit air
Minyak & garam


Cara:
Panaskan minyak dan goreng terung setengah masak.Ketepikan
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau
Masukkan sedikit air dan terung
Perasakan garam dan angkat

Siakap Lemak Nenas

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
1 mangkuk santan - bahagi 2
1 biji nenas - potong lebar
3 biji tomato - belah 2
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit
1 keping asam
garam secukup rasa

Bahan kisar
10 biji cili api
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara:
Satukan bahan kisar,serai,asam keping dan santan cair
Masukkan ikan, nenas, tomato serta asam keping
Masukkan lebihan santan dan perasakan garam
Akhir sekali masukkan daun kunyit

Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan

1 ekor ayam -gaul dgn kunyit & garam
2 ulas bawang merah       - tumbuk
2 ulas bawang putih         - tumbuk
1/2 cm halia                     - tumbuk
2 biji cili besar                 - hiris
2 sudu kicap pekat/cair/manis
2 sudu sos cili
1 keping asam
1/2 sudu lada hitam
rempah 3 sekawan
cili merah dan bawang besar - hiasan

Cara:
Goreng ayam setengah masak
Tumiskan bahan tumbuk dan rempah 3 sekawan hingga naik bau
Masukkan kicap pekat/cair/manis/sos cili dan sedikit air
Masukkan ayam, asam keping dn lada hitam
Gaul rata dan masukkan cili merah dan bawang besar

Ayam Ala Paprik

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong kecil
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih   - tumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
1 batang serai - diketuk
2 biji tomato - belah 4
5 biji cili api - tumbuk kasar
1 biji limau nipis - ambil jusnya
3 helai daun limau purut
bunga kobis, lobak ,kacang panjang, putik jagung
sedikit sos cili, sos tiram, kicap manis
garam dan bahan perasa

Cara:
Gorengkan ayam setengah masak
Masukkan bawang merah/putih dan cili api
Masukkan sos cili/tiram dan kicap manis.Biarkan mendidih
Masukkan sedikit air, serai daun limau dan sayuran dan perasakan dgn garam
Mendidih, masukkan bawang besar dan tomato serta jus limau

Stew Ayam Mstr

Bahan-bahan
500gm ayam
5 ulas bawang merah  
3 ulas bawang putih    
1 inci halia                  
1 biji tomato              
1 biji cili merah              
1 batang lobak              
1sk bancuhan air tepung jagung
1/2 cawan air
1 sk lada hitam
daun sup/bawang
garam secukup rasa

Cara:
Ayam dibuang kulit, potong kacil dan dibersihkan
Masukkan bahan kecuali daun sup/bawang dalam periuk
Masak diatas api selama 15 minit
Gaul rata dan masukkan tomato dan masak hingga ayam empuk
Taburkan daun sup/bawang
Hidangkan dengan nasi putih atau roti

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan

1 ekor ayam belah 4
1 tangkai daun kari

Bahan Perap
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2cm halia
2s/k rempah kari
2s/k serbuk cili
1s/k serbuk kunyit
1sk ketumbar  
garam

Cara:
  1. Satukan ayam dengan bahan perap hingga sebati
  2. Perap ayam selama 4 jam ( lagi lama lagi baik)
  3. Goreng ayam bersama daun kari dengan minyak yang banyak dan betul2 panas.
  4. Tapiskan serdak bahan perap. (jangan sampai hangit)
  5. Selesai goreng taburkan serdak bahan perap tadi.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam 
2 biji bawang besar          ]
6 biji bawang putih           ] kisar
20 tangkai cili kering        ]
1 labu bawang besar - hiris bulat2
1 batang serai  - diketuk
Rempah 3 sekawan
2 biji tomato  -  belah 4
2 sudu besar tomato puri
daun ketumbar
sedikit kacang peas
garam & serbuk perasa

Cara:
  1. Goreng ayam separuh masak. ketepikan
  2. Tumiskan rempah 3 sekawan hingga wangi.Masukkan serai,bahan kisar, tomato puri dan bawang besar.
  3. Bila sudah pecah minyak masukkan air secukupnya
  4. Mendidih.Masukkan ayam dan tomato.Setelah 5 minit masukkan kacang peas
  5. Perasakan garam dan masukkan daun ketumbar.

Asam Pedas Ikan Siakap

 Bahan-bahan


1 ekor ikan siakap

5 ulas bawang merah        }
3 ulas bawang putih          } kisar
1 sudu kecil jintan manis   }
10 tangkai cili kering         }
2 biji tomato                     } belah 4
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1/2 mangkuk air asam jawa
garam dan serbuk perasa

Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang, serai dan jintan manis.
  2. Masukkan cili,serbuk kunyit dan tumis hingga pecah minyak
  3. Tuangkan air asam jawa dan masukkan ikan serta buah tomato
  4. Perasakan garam.Biar mendidih.